Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengusaha dan pengendali bot penambang disaran untuk menitikberatkan layanan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong.

Tingkatkan kualiti perkhidmatan bot penambang – Lee Kim Shin

ByAmirah Shawel
KUCHING, 24 Ogos : Pengusaha dan pengendali bot penambang di negeri ini disaran untuk menitikberatkan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak.
 
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, mereka memainkan peranan penting sebagai ‘duta’ Sarawak dalam industri pelancongan.
 
“Oleh kerana pengendali sentiasa berinteraksi dengan pelancong, berikan mereka perkhidmatan terbaik.
 
“Kita mahu setelah pulang, mereka akan promosi Sarawak kepada orang lain,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 di Terminal Penumpang Bako di sini hari ini.
 
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan (Laut dan Sungai), Datuk Henry Harry Jinep dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr. Hazland Abang Hipni.
 
Seramai 66 pengurus dan pengendali bot penambang yang beroperasi di Terminal Penumpang Bako telah menerima insentif  BKSS 8.0 secara one-off sebanyak RM500.
 
Sementara itu, Kim Shin turut menyarankan agar penggiat sektor tersebut terus mengutamakan keselamatan penumpang dengan mematuhi protokol  dan sistem yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan