LUBOK ANTU, 24 Ogos : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Nanga Entalau, pada Isnin lepas ditemukan lemas pagi tadi.
Mayat Tay Xin Wei, 21, dijumpai pada pukul 7.30 pagi dengan kesan luka di kepala, kira –kira satu kilometer (km) dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Penolong Penguasa Bomba, Vincent Baling Yabi berkata, mayat kemudian dibawa ke rumah panjang berhampiran dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Berikutan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada pukul 9 pagi.
Dalam kejadian kira – kira pukul 5 petang itu, mangsa yang sedang mandi ‘hilang’ di lokasi itu yang terletak kira – kira tiga jam perjalanan dari BBP Betong. -TVS