Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Konvensyen Graduan Melayu Sarawak (KGMS) 2022 anjuran Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) di sini hari ini.Foto TVS.

Kepincangan politik di Semenanjung beri kesan kepada Sarawak – Awang Tengah

KUCHING, 24 Ogos : Kepincangan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia sebelum ini turut memberi kesan buruk kepada Sarawak, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, perkara itu dapat dilihat ketika ‘era pemerintahan’ Pakatan Harapan apabila banyak projek di negeri ini dibatalkan.

“Selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) jatuh, banyak projek kita dibatalkan antaranya pembinaan seperti jambatan di Bintulu dan Jambatan Batang Lupar” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Graduan Melayu Sarawak (KGMS) 2022 anjuran Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Nawawi, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Len Talif Salleh dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam, Dr. Hazland Abang Hipni.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan turut mengingatkan rakyat negeri ini bahawa kestabilan politik dan keharmonian kaum diperlukan Sarawak untuk mencapai matlamat ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS).

Sehubungan itu katanya, rakyat pelbagai kaum di Sarawak diseru supaya terus bersatu hati dan berkerjasama dalam membina negeri ini.

“Sarawak ini seperti sebuah taman yang mempunyai pelbagai bunga yang berlainan warna, di sini tidak ada satu kaum pun yang memerintah secara majoriti.

“Inilah keunikan Sarawak walaupun kita mempunyai pelbagai agama dan budaya yang berbeza, we are Sarawakian ,” ujar beliau.

Sementara itu, Awang Tengah turut memberi jaminan bahawa agenda pembangunan di Sarawak akan diteruskan oleh kerajaan yang diberikan mandat sekiranya kestabilan dan keharmonian pelbagai kaum ini berterusan.

“Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan agenda pembangunan usahawan kecil dan mikro menerusi pemberian geran kepada lepasan graduan Sarawak yang berminat.

“Selain itu pemerkasaan ekonomi digital juga akan dipertingkatkan selain kemahiran dan kebolehan belia di Sarawak menerusi pelbagai program teknikal seperti Go Digital,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan