Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua individu dilaporkan ditikam dalam satu kejadian di stesen kereta api bawah tanah Metro Washington pada Selasa, lapor Sputnik.

Dua ditikam di stesen kereta api metro Washington

ByBernama

WASHINGTON, 24 Ogos : Dua individu dilaporkan ditikam dalam satu kejadian di stesen kereta api bawah tanah Metro Washington pada Selasa, lapor Sputnik.

Menurut Fox News, memetik Jabatan Polis Metropolitan (MPD), pegawai MPD tiba di lokasi kejadian dan menjumpai dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita mengalami kecederaan.

Mangsa lelaki tidak sedarkan diri manakala wanita itu cedera ringan.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Pihak berkuasa sedang menjejaki seorang suspek, lelaki berkulit gelap memakai baju lengan pendek biru tua, berseluar jeans biru dan membawa beg hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan