Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjanaan kuasa daripada hidrogen adalah lebih murah dan mesra alam. Foto: TVS

Bot penambang Sarawak bakal guna kuasa hidrogen

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 Ogos : Sarawak akan beralih kepada penggunaan bot penambang berkuasa hidrogen dalam tempoh empat hingga lima tahun lagi, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr. Hazland Abang Hipni.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk ‘menghijaukan’ sektor tersebut seterusnya mendokong dasar Kerajaan Sarawak yang menggalakkan penggunaan tenaga hijau.

“Sarawak dalam usaha memulakan penggunaan hidrogen sebagai penjana kuasa dan tidak mahu terus bergantung kepada petrol.

“Bukan untuk bot penambang sahaja tetapi juga kereta, motosikal, lori dan keretapi pada masa akan datang,” katanya.

Baca berita berkaitan > > > Sarawak pemain utama industri hidrogen Asia

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 di Terminal Penumpang Bako di sini hari ini.

“Penggunaan kenderaan berkuasa hidrogen sudah digunakan oleh negara luar seperti Norway kerana tidak ada pencemaran yang dilakukan,” katanya.

Beliau juga menambah, susulan harga minyak yang semakin meningkat, kuasa daripada hidrogen boleh dijadikan sebagai alternatif disebabkan ianya lebih murah dan mesra alam.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa Sarawak berhasrat untuk menjadi peneraju utama industri hidrogen semasa berucap di Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda.

Sarawak juga telah memulakan perkhidmatan bas hidrogen sejak Januari 2020 dalam proses penggunaan teknologi baharu seperti sel bahan api hidrogen.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan