Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak bakal menjadi pemain utama pasaran metanol global dengan pelancaran Kompleks Metanol Sarawak Petchem bernilai RM7 bilion di Tanjung Kidurong, di sini, hari ini. Foto TVS

Petronas bekal gas kepada SPSB dan SEB

BINTULU, 23 Ogos: PETRONAS akan memulakan pembangunan kemudahan penghantaran gas di Tanjung Kidurong, Bintulu yang akan bermula tahun hadapan bagi membekalkan gas asli kepada Sarawak Petchem Sdn. Bhd. (SPSB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurut kenyataan media daripada PETRONAS, Bintulu Additional Gas Sales Facility 2 (BAGSF-2) direka dengan kapasiti khas untuk menghantar sehingga 390 juta kaki padu gas standard setiap hari (MMscfd).

Kemudahan itu akan menghantar 160 MMscfd gas asli kepada loji metanol milik Kerajaan Sarawak, yang akan dikendalikan oleh SPSB.
70 MMscfd lagi akan dibekalkan kepada loji kuasa SEB Tanjung Kidurong manakala baki kapasiti akan dibekalkan kepada pelanggan pada masa hadapan.

Kemudahan itu akan meliputi keluasan 70 hektar tanah dan bakal mempunyai bangunan pentadbiran khusus, kawasan pemprosesan, stesen pemeteran dan utiliti.

Majlis pecah tanah BAGSF-2 telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri dan Timbalan Menteri, Menteri-menteri, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS Datuk Tengku Muhammad Taufik.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan