Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Australia melancarkan pemeriksaan DNA yang pertama di dunia bagi mencegah risiko kanser dan penyakit jantung, menurut Universiti Monash Australia. Foto: BERNAMA

Pemeriksaan DNA pertama dunia bagi cegah risiko kanser, penyakit jantung dilancarkan

ByBernama

ANKARA, 23 Ogos : Australia melancarkan pemeriksaan DNA yang pertama di dunia bagi mencegah risiko kanser dan penyakit jantung, menurut Universiti Monash Australia.

Projek Monash School of Public Health and Preventive Medicine itu, didakwa sebagai kajian pemeriksaan DNA pertama di dunia dalam pengesanan sebarang risiko, serta bakal menyaring sekurang-kurangnya 10,000 orang berumur 18 hingga 40 tahun, lapor Agensi Anadolu.

“Rakyat Australia kini boleh mendapat akses ujian air liur DNA percuma bagi mengetahui sama ada mereka mempunyai risiko tinggi terhadap beberapa penyakit kanser serta penyakit jantung, dan boleh dicegah atau dirawat jika dikesan lebih awal,” menurut universiti itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kajian pemeriksaan DNA pencegahan pertama di dunia itu direka khusus untuk menilai DNA masyarakat melalui sistem penjagaan kesihatan negara.

“Ujian ini percuma dan hanya memerlukan sampel air liur dimasukkan ke dalam tiub kecil dan dihantar melalui pos, dan keputusan ujian akan dikembalikan kepada responden melalui sampul kiriman berbayar,” menurut kenyataan itu.

Untuk mendapatkan pemeriksaan itu orang ramai boleh mendaftar di laman sesawang universiti berkenaan.

“Kami berharap dapat mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi semasa mereka masih muda dan sihat, dan mereka diberi pilihan untuk membuat keputusan lebih tepat mengenai kesihatan mereka.

“Bagi sesetengah orang, prosedur ini dapat menyelamatkan nyawa melalui pengesanan awal dan mencegah kanser dan penyakit jantung,” kata Profesor Madya Paul Lacaze.

Selain itu katanya prosedur berkenaan dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan dan kesihatan di Australia melalui langkah pencegahan.

Beliau berkata ujian genetik berdasarkan sejarah keluarga sahaja tidak mencukupi sehingga 90 peratus daripada mereka yang berisiko tinggi tidak dikenal pasti berasaskan sejarah penyakit ahli keluarga.

“Kebanyakan orang lambat mengetahui tentang risiko genetik mereka seperti menghidap kanser yang tidak dapat lagi diubati atau didiagnosis mengalami serangan jantung. Kami mahu mengubahnya,” kata LaCaze.

Menurut pihak universiti mereka yang didapati berisiko tinggi ketika menjalani ujian itu akan ditawarkan kaunseling serta pencegahan genetik, seperti imbasan biasa dan pemeriksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan