Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol melawat bekas petugas media, Jonathan Bullet yang mengalami masalah angin ahmar di sini hari ini. Foto TVS.

GPS bersedia jika PRU-15 dalam tempoh terdekat – Abdullah

ByYusuf Shukri

KUCHING, 23 Ogos : Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) jika ianya berlangsung dalam tempoh terdekat, kata Datuk Abdullah Saidol.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Sayap Bumiputera, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, kesiapsiagaan itu sejajar dengan nasihat yang diberikan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu kesemua 76 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) empat parti politik tempatan itu supaya turun padang bagi membantu calon mereka.

“Sebenarnya, GPS telah bersedia sejak hujung tahun lepas lagi susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat bekas petugas media, Jonathan Bullet yang mengalami masalah angin ahmar di sini hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai calon bakal ditampilkan GPS pada PRU-15 ini, Abdullah yang juga ADUN Semop berkata, segala ‘keputusan akhir’ terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi parti termasuklah siapa yang kekal atau sebaliknya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) ketika ini Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran GPS kini berusaha untuk menyiapkan projek pembangunan yang sebelum ini terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Katanya, antara isu besar yang perlu ditangani ialah mendapatkan tenaga buruh berikutan kekurangan pekerja asing.

“Saya berharap kementerian dan agensi kerajaan negeri dan di peringkat Kerajaan Persekutuan akan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan