Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ng Tze Yong. Foto: Bernama

Tze Yong kejutkan juara Masters Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Ogos : Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menewaskan juara Masters Malaysia 2022 Chico Aura Dwi Wardoyo pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan pemain Indonesia yang berada pada ranking ke-35 dunia 21-16,21-10 dalam kejohanan berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Esok pemenang perak pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu akan turun menentang pemain Thailand Sitthikom Thammasin yang bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan pilihan ke-13 kejohanan Kanta Tsuneyama dari Jepun, 13-21, 21-16, 21-13, pada pusingan kedua. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found