Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis mengesahkan video tular yang memaparkan kejadian melepaskan tembakan merupakan operasi menangkap pengedar dadah. Foto IPD Sandakan.

Polis sahkan video tembakan libatkan operasi tangkap pengedar dadah

SANDAKAN, 22 Ogos : Polis mengesahkan video tular yang memaparkan kejadian melepaskan tembakan merupakan operasi menangkap pengedar dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi tadi di kawasan letak kereta di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12.

“Video berdurasi 30 saat itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk menerusi tingkap rumahnya.

“Dalam kejadian itu, lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan cuba menahan kereta suspek pengedar dadah yang bertindak agresif sehingga hampir melanggar salah seorang anggota.

“Situasi itu memaksa polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kereta untuk menghentikan kenderaan itu,”katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota serbuan yang lain cuba menghentikan kenderaan itu dengan memecahkan cermin hadapan menggunakan walkie talkie menyebabkan terdapat kesan hentakan.

Menurut beliau, suspek berjaya meloloskan diri namun keretanya berjaya dijejaki oleh anggotanya.

“Polis merampas kenderaan itu yang ditinggalkan di tepi jalan kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian,”katanya.

Jelasnya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan  R Jas Dewd di talian 013-3598455. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan