KUALA LUMPUR, 22 Ogos : Empat menteri Kabinet yang mewakili pelbagai kaum bakalĀ membincangkan isu perpaduan dan patriotisme dalam satu rancangan bual bicara khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022.
Mereka ialah Menteri Komunikasi dan MultimediaĀ Tan SriĀ AnnuarĀ Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan HKHM 2022, Menteri PengangkutanĀ Datuk SeriĀ Dr Wee Ka Siong, Menteri Sumber ManusiaĀ Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Keempat-empat mereka yang mewakili Merdeka Kuartet akan menjadi tetamu khas dalam rancangan Merdeka 65 yang akan disiarkan di saluran berita Astro Awani Rabu ini, jam 8.30 malam.
Pengarah Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan selaku Sekretariat Media dan Publisiti HKHM 2022Ā Datuk E. Sivabalan berkataĀ perbincangan mereka dijangka berkisar kepada semangat Keluarga Malaysia dan prinsip Rukun Negara.
āFokus adalah mengenaiĀ pentingnya seluruh rakyat bersama berganding bahu meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi memastikan kebersamaan dalam semangat Keluarga Malaysia.
āBersama-samalah kita semua tunggu mesej dan amanat menteri-menteri dan kami memohon kepada Keluarga Malaysia supaya sama-sama menonton rancangan tersebut,ā katanyaĀ kepada Bernama.
Dalam pada itu, Sivabalan turut mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bermula 7 pagi.-TVS