Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 akan disambut secara fizikal pada 16 September 2022 jam 8 malam di Lasar Kenyalang, Lapangan Terbang Lama Bintulu. Foto : UKAS

Bintulu tuan rumah sambutan Hari Malaysia di Sarawak

BINTULU, 22 Ogos : Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak tahun ini akan berlangsung secara fizikal di Lasar Kenyalang, Jalan Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kira-kira 5,000 jemputan dijangka akan hadir memeriahkan majlis sambutan yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam.

Katanya, Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib akan menjadi tetamu kehormat pada majlis itu.

“Selain itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang juga dijadualkan hadir,” katanya di sini hari ini.

Stephen Rundi yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak berkata, penganjur turut menjemput artis tempatan termasuk Datuk M. Nasir, Andi Bernade, Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghazar, Sazia Selir dan Max Kueh untuk membuat persembahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan