Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Esther Law Lee Poh hadir majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik bagi penganjuran Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa di Sarawak, November ini. Foto TVS.

60 Ratu Cantik Pelancongan Dunia dijadual melawat Lundu dan Bau

KUCHING, 22 Ogos : Seramai 60 Ratu Cantik Pelancongan dari seluruh dunia akan dibawa menjelajah beberapa daerah di Sarawak.

Pengasas Kumpulan YAST, Esther Law Lee Poh berkata, siri jelajah itu diadakan sempena Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa ke – 25 yang dianjurkan oleh syarikatnya di negeri ini.

Bertemakan Membawa Dunia Ke Sarawak, Esther berkata, beberapa aktiviti turut dirangka sepanjang 18 hari pertandingan berkenaan yang akan bermula pada 11 November ini.

“Antara program yang akan diadakan termasuklah promosi dan lawatan ke Lundu dan Bau, program amal, sesi fotografi dan penggambaran di tapak tarikan pelancongan di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik bagi pertandingan yang akan berlangsung di Hotel Raia di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan