Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 86 orang daripada 29 keluarga pagi ini, berbanding 43 orang daripada 12 keluarga malam tadi. Foto: BERNAMA

Mangsa banjir kilat di Johor Bahru meningkat kepada 86 orang

ByBernama

JOHOR BAHRU, 21 Ogos : Mangsa banjir kilat di daerah ini meningkat kepada 86 orang daripada 29 keluarga pagi ini, berbanding 43 orang daripada 12 keluarga malam tadi, selepas sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru menerusi kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan Mutiara dibuka bagi menempatkan seramai 43 orang daripada 17 keluarga membabitkan penduduk Kampung Pasir, Kampung Kangkar Tebrau dan Kampung Kenangan, di sini.

“Semalam hujan lebat berlaku melebihi dua jam dan menyebabkan beberapa buah rumah (di daerah ini) dinaiki air kira-kira pukul 3 petang,” katanya.

Malam tadi, seramai 43 penduduk Kampung Laut Batu 10 dipindahkan ke PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 selepas rumah mereka dinaiki air.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan