Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF), Azizul Annuar Adenan bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penutup Kejohanan Taekwondo The Premier of Sarawak Borneo Cup 2022 di sini hari ini.

KBS perlu teliti semula pembangunan sukan taekwondo – Azizul Annuar

ByAkma Salleh

KUCHING, 21 Ogos : Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF) menyeru supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti semula pelan pembangunan sukan berkenaan di negara ini.

Presidennya, Azizul Annuar Adenan berkata, pada masa sama, beliau juga masih menaruh harapan agar sukan itu dipertandingkan pada SUKMA edisi 2024.

Katanya, taekwondo seharusnya menjadi sukan teras pada kejohanan tempatan dan antarabangsa.

“Sudah tentu saya kecewa (taekwondo tidak dipertandingkan pada SUKMA) kerana sukan ini bersifat terbuka, sentiasa bersedia menerima sebarang penyertaan pada kejohanan yang dianjurkan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penutup Kejohanan Taekwondo The Premier of Sarawak Borneo Cup 2022 di sini hari ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan tetamu kehormat pada majlis hari ini.

Kejohanan selama dua hari ini turut disertai peserta luar negara termasuk Australia, Laos, Indonesia, Nepal, Vietnam dan peserta tempatan.

Sementara itu, Azizul Annuar berkata, faktor politik yang didakwa menjadi punca taekwondo tidak dipertandingkan pada SUKMA adalah tidak benar.

“Pendapat yang mengatakan bahawa sukan taekwondo di Malaysia ini tidak menerima penyertaan daripada badan taekwondo yang lain juga kurang tepat.

“Apa yang perlu dilakukan oleh persatuan – persatuan taekwondo di luar sana ialah mereka hanya perlu berdaftar dengan WTF kerana kami merupakan badan induk yang diiktiraf oleh Persatuan Taekwondo Dunia,” katanya.

Sukan taekwondo negara pada 2019 menerima tamparan apabila disahkan tidak akan disenaraikan pada SUKMA Johor yang sepatutnya berlangsung pada 2020 dan keputusan itu kekal apabila venue temasya ditukar di Kuala Lumpur pada tahun ini.

Sebelum ini, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meluahkan rasa tidak puas hati kerana taekwondo tidak dipertandingkan pada SUKMA.

Secara sinis katanya, penganjur mungkin tidak mahu mempertandingkan acara taekwando kerana bimbang Sarawak akan menyapu pingat yang ditawarkan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan