Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam perlawanan akhir stepladder di gelanggang Blue-O Rhythm dan Bowl, Syabil Azam merakamkan 416 jatuhan pin manakala pingat emas menjadi milik pemain Taiwan, Lan Shao Kang selepas melakukan balingan 447 jatuhan pin. Foto: Facebook MTBC.

Syabil Azam raih perak di Kejohanan Boling Remaja Asia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Ogos : Pemain muda negara, Syabil Azam Syamsul Azam terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara Masters lelaki pada hari terakhir Kejohanan Boling Remaja Asia ke-21, di Bangkok, pada Jumaat.

Dalam perlawanan akhir stepladder di gelanggang Blue-O Rhythm dan Bowl, Syabil Azam merakamkan 416 jatuhan pin manakala pingat emas menjadi milik pemain Taiwan, Lan Shao Kang selepas melakukan balingan 447 jatuhan pin.

Baca artikel berkaitan > > > Skuad boling remaja lelaki raih pingat perak acara berpasukan

Terdahulu, Syabil Azam mara ke final dengan menyingkirkan wakil Taiwan, Cheng Shao Hua, 217-213.

Sementara itu, dalam acara remaja wanita, tiada wakil Malaysia layak ke final stepladder dengan Adania Redzwan, Nur Aqila Aini Faiz dan Anis Hannani Romzi menamatkan saingan masing-masing di tempat kesembilan, 12 dan ke-13. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan