Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekan lama di sini yang dikenali masyarakat setempat sebagai Starbuck Mukah menjadi antara lokasi yang disinggah oleh peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) hari. Foto TVS.

‘Starbuck Mukah’ jadi lokasi persinggahan konvoi merdeka

MUKAH, 20 Ogos : Pekan lama di sini yang dikenali oleh masyarakat setempat sebagai ‘Starbuck Mukah’ menjadi  lokasi persinggahan peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) hari ini.

Ketibaan 30 kenderaan konvoi KMKM kira – kira pukul 9.30 pagi itu bertujuan untuk mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak.

Hadir menyambut kumpulan itu ialah Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh.

Mukah merupakan lokasi ke-24 KMKM sejak jelajah bermula di Telok Melano pada 10 Ogos lepas.

Ketibaan di sini bermakna peserta KMKM anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak (JaPen) sudah berada di zon tengah Sarawak dan perlu sampai di 14 lokasi lagi dengan penamat di Limbang.

Rombongan kemudian bergerak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang Mukah, diikuti pekan Mukah dan menamatkan jelajah di Dataran Pehin Setiaraja Mukah.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Aziz Abdul Rahman.

Pada keesokannya, rombongan akan bergerak ke Dalat dan Oya sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Kecil Balingian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan