Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Johnny Gerard Plate, di Kementerian Komunikasi Indonesia hari ini.Foto: David Andreas (TVS)

Malaysia-Indonesia setuju bekerjasama isu keselamatan siber dan telekomunikasi

JAKARTA, 19 Ogos : Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk meningkatkan kerjasama membabitkan isu keselamatan siber dan telekomunikasi untuk manfaat rakyat di kedua – dua negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu dicapai menerusi pertemuan dengan rakan sejawatnya, Johnny Gerard Plate di Kementerian Komunikasi Indonesia hari ini.

Selain itu katanya, mereka berdua turut bersetuju untuk menjadikan national security sebagai keutamaan kerana ianya berkaitan rapat dengan soal keselamatan dalam negara.

“Pertemuan yang berlangsung tadi antara lain turut membincangkan isu telekomunikasi serantau terutamanya membabitkan perkhidmatan Over-the-top (OTT), teknologi satelit, dan keselamatan siber,” katanya pada sidang media bersama selepas pertemuan itu pagi tadi.

Turut mengiringi Annuar ialah Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq dan Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim Fateh.

Menerusi lawatan kerja selama tiga hari itu, pemimpin dan agensi  terlibat dari kedua – dua negara akan turut mengukuhkan pengurusan keselamatan siber.

Kata beliau, Malaysia dan Indonesia seterusnya akan saling menyokong untuk merangka perhubungan yang lebih rapat di pelbagai forum antarabangsa termasuk di Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

“Perkara lain yang disentuh termasuk infrastruktur telekomunikasi serta naratif dalam talian yang boleh mengeruhkan hubungan dua hala,” katanya.

Dalam pertemuan itu juga, Annuar berharap, Malaysia dan Indonesia boleh menjalinkan muafakat yang lebih besar membabitkan bidang telekomunikasi di ASEAN dan Asia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan