Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki ditahan berhubung kes ugut Ketua Hakim Negara – Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Ogos : Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes ancaman dan ugutan di media sosial ke atas Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Puchong pada 11.15 malam.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asisten Komisioner (ACP) A.Skandaguru berkata polis menerima laporan mengenai ancaman dan ugutan itu yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Apiez Bond’.

Beliau berkata polis juga merampas satu unit telefon bimbit berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan itu.

“Suspek telah direman selama empat hari mulai hari ini sehingga Selasa untuk siasatan lanjut dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skandaguru berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Katanya, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau berkata polis memandang serius perkara terbabit dan tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan ketenteraman awam selain tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil.

Ancaman terhadap Tengku Maimun dikesan dalam pelbagai medium laman sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook sejak tengah malam tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan