Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bung Moktar mahu polis siasat dalang tukar nama lokasi di Sabah menjadi Filipina

KINABATANGAN, 20 Ogos : Polis perlu melakukan siasatan untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab yang menukar nama beberapa tempat di Sabah dengan menambah nama Filipina dalam aplikasi Google Maps.

Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, perbuatan itu boleh mengelirukan masyarakat setempat dan seluruh dunia kerana beberapa lokasi bertukar tempat seolah-olah Sabah adalah milik Filipina.

“Oleh itu, saya minta pihak polis membuat penyiasatan secara terperinci dan tangkap mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Perbuatan ini mendatangkan banyak keraguan dan kebimbangan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Muhibah dan Mesra Peneroka Suan Lamba anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai nama beberapa lokasi di Sabah yang ditukar milik kepada Filipina termasuk Lapangan Terbang Sandakan dan Pasar Malam Tawau.

Perkara tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan kemarahan dalam kalangan masyarakat setempat.

Meskipun nama lokasi terlibat telah berjaya ditukarkan semula kepada asal, namun Bung Moktar berkata perkara itu boleh membawa Sabah terjerumus kepada situasi yang tidak baik termasuk memberi tanggapan buruk bagi pengunjung luar negara yang mahu berkunjung ke Sabah. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan