Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet muda Muay Thai berasal dari Sarawak, Johan Ghazali muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 di Petaling Jaya, Selangor, petang tadi. Foto TeamMalaysia.

Atlet Muay Thai Sarawak muncul juara remaja dunia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Ogos : Atlet remaja Muay Thai Sarawak, Mohammad Johan Ghazali Zulfikar muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 di Petaling Jaya, Selangor, petang tadi.

Johan menewaskan wakil Rusia, Rustam Yunusob bagi kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dalam acara final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Johan menang 20-18 ke atas lawannya iaitu menerusi kiraan 10-9 pada pusingan pertama dan mengekalkan skor sama pada pusingan berikutnya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Thomas itu sebelum ini turut menjuarai kejohanan Muay Thai di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pernah meraih pingat perak pada kejohanan di Turkiye. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan