Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (tengah) dan isteri Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi (dua,kanan) mengibar Jaliur Gemilang selepas merasmikan pelancaran Rukun Negara Belia (RNB) di Aeon Klebang hari ini.Foto Bernama.

Ahmad Faizal Azumu sedia ‘bertarung’ dengan Anwar Ibrahim di Tambun

ByBernama

IPOH, 20 Ogos : Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan mana-mana pemimpin politik termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Tambun itu berkata beliau tidak akan berasa tergugat dengan siapapun lawannya pada PRU15 kerana ia proses yang perlu dilalui oleh ahli politik dalam mendukung amalan demokrasi.

“Saya pendukung demokrasi, beliau layak bertanding di mana sahaja beliau pilih, saya alu-alukan dan saya harap pengundi akan kekal memilih saya untuk terus membantu mereka khususnya di Tambun.

“Ibarat kata selagi nyawa dikandung badan, saya tidak akan lari walau ribut taufan datang melanda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rukun Negara@Belia (RNB) di Aeon Klebang di sini hari ini.

Pada 11 Ogos lepas, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dilaporkan sedia mempertimbang cadangan bertanding di Tambun namun keputusan akhir berhubung perkara itu masih belum dimuktamad.

Ahmad Faizal berkata fokus utama beliau ketika ini hanyalah untuk menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat daripada segenap lapisan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan