Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh hadir pada Bengkel Pembinaan Kamus Melanau Kuala Rajang di Dewan Masyarakat Kampung Rajang di sini hari ini. Foto TVS.

Kamus bahasa Melanau Kuala Rajang bakal diterbitkan

SIBU, 19 Ogos : Kamus Melanau Kuala Rajang yang pertama di Sarawak bakal diterbitkan tidak lama lagi dalam usaha untuk memartabat dan memperkenalkan bahasa unik etnik di pesisir pantai daerah Tanjong Manis.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh berkata, penghasilan kamus itu bertujuan untuk memperkaya peristilahan bahasa Melanau Kuala Rajang.

Katanya, langkah berkenaan dapat dilakukan melalui penyerapan perkataan atau istilah yang sesuai.

“Usaha ini juga bertujuan untuk mempertahankan bahasa Melanau Kuala Rajang bagi rujukan generasi masa depan.

“Langkah yang dilakukan ini amat penting agar bahasa ini tidak pupus akibat percampuran sosial seperti  perkahwinan atau penghijrahan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Pembinaan Kamus Melanau Kuala Rajang di Dewan Masyarakat Kampung Rajang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Perancang Bahasa, Unit Pembinaan dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, Coretta Herliana Kura, Penolong Perancang Bahasa, Dayang Norazan Dato Pengiran Zain dan Ahli Jawatankuasa Penganjur Pembinaan Kamus Bahasa Melanau-Kuala Rajang, Hardi Keli.

Sementara itu, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, beliau berharap semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam projek berkenaan dapat memberikan kerjasama terbaik untuk menjayakan penerbitan naskah penting itu.

“Seterusnya kita berharap ianya dapat diterbitkan oleh DBP Sarawak,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan