Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Toh Puan Zurina Kassim, isteri bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka, Masjid Al-Azim di sini pada 10 malam tadi. Foto: Bernama.

Jenazah Toh Puan Zurina dikebumi di Makam Pahlawan Melaka

ByBernama

MELAKA, 19 Ogos : Jenazah Toh Puan Zurina Kassim, isteri bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka, Masjid Al-Azim di sini pada 10 malam tadi.

Terdahulu, jenazah dimandi dan dikafankan di Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil di sini kira-kira pukul 6 petang sebelum dibawa ke Balai Istiadat Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada 7.30 malam untuk diberikan penghormatan terakhir.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Azim pada 9 malam oleh lebih 1,000 jemaah yang diimamkan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

Allahyarham kemudian dikebumikan berhampiran pusara Yang Dipertua Negeri Melaka kelima Tun Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin dan Ketua Menteri Melaka kelapan Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ibrahim Durum.

Zurina yang berusia 78 tahun meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 10.10 pagi Khamis.

Beliau dilahirkan di Duyong dekat sini pada 13 Julai 1944 dan mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil pada 28 Feb 1965. Mereka dikurniakan tiga orang anak.

Mohd Khalil merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka keenam dari Jun 2004 hingga Jun 2020.

Ketika hayatnya Allahyarham amat prihatin dengan kebajikan rakyat sehingga tertubuhnya Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit pada 2015 yang menyediakan rawatan hemodialisis percuma kepada golongan kurang berkemampuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan