Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita tempatan di sini mengalami kerugian RM50,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook. Foto Envato

Duit RM24 ribu beli kereta lesap diperdaya jurujual online

SIBU, 19 Ogos : Seorang lelaki di sini kerugian lebih RM24 000 selepas terpedaya dengan sindiket menjual kereta di Facebook yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, dalam kejadian pada 6 Ogos lepas, mangsa yang berusia 35 tahun itu tertarik untuk membeli kereta jenis Toyota Harrier yang dijual pada harga RM38,000 iaitu lebih rendah daripada harga pasaran.

“Mangsa kemudian membuat lima transaksi pembayaran berjumlah RM24,532 untuk kos insurans, caj Puspakom, cukai jalan dan kos penghantaran,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Zulkifli, selepas 12 hari pembayaran dilakukan, mangsa diminta untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM7,000 untuk kos penghantaran yang didakwa dari luar negara.

“Mangsa kemudian menyedari telah terjerat oleh ‘scammer’ apabila mengesyaki kos itu tidak munasabah dan membuat laporan polis semalam,”katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan