Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak diĀ  Dewan Suarah Limbang , di sini hari ini. Foto TVS.

Guru tonggak pendidikan berkualiti – Abang Johari

LIMBANG, 18 Ogos : Premier Sarawak berkata, sambutan Hari Guru tahun ini yang bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera amat bertepatan dengan usaha kerajaan yang menekankan pentingnya peranan guru membimbing pelajar.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, peranan warga pendidik dalam membentuk pelajar secara holistik juga sangat mustahak.

Ujar beliau, ianya sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ā€œGuru menjadi tonggak utama kepada pendidikan berkualiti dan negara menaruh harapanĀ  yang tinggi kepada golongan pendidik untuk mendidik anak bangsa.

ā€œSehubungan itu, guru perlu memastikan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan dalam kalangan anak didik mereka ketika menerapkan ilmu, kemahiran dan juga nilai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak diĀ  Dewan Suarah Limbang , di sini hari ini.

Meneruskan penghargaan kepada golongan pendidik pada majlis itu, Abang Johari berkata, apa sahaja kaedah yangĀ  digunakan untuk menyambut Hari Guru, semuanya bertujuan untuk menghargai segala jasa bakti dan pengorbanan mereka.

Malah katanya gurulah yang memainkan peranan penting dalam memberikan kesedaran kepada anak-anak murid tentang erti kehidupan, menitipkan asas ilmu pengetahuan dan kemahiran dan seterusnya membentuk jati diri yang mantap.

“Mereka juga dididik oleh guru supaya bersemangatĀ  patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

“Saya sedar bahawa profesion guru sangat disanjung tinggi oleh masyarakat kerana peranan yang besar dalam proses melahirkan modal insan yang diperlukan oleh Sarawak dan Malaysia,”tambah beliau.

Sementara itu, Abang Johari berkata, dalam usaha mencapai matlamat Sarawak Maju 2030, peranan guru sangat penting untuk memastikan kejayaan visi berkenaan.

“Matlamat ini boleh dicapai menerusi pembentukan generasi yang berkualiti dalam semua aspek yang seimbang iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan kepercayaaan kepada Tuhan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan