Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya mengadakan lawatan ke UIAM baru - baru ini bagi membincangkan kerjasama berkaitan ombudsman sebagai satu elemen dan perkara penting di Malaysia.

UNIONS jalin kerjasama dengan UIAM

KUCHING 17 Ogos : Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak (UNIONS) bakal bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi meneroka peluang dan pendekatan baharu untuk mempromosikan ombudsman sebagai satu elemen dan perkara penting di Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, Kerajaan Sarawak mengambil berat terhadap isu integriti dan ombudsman dengan mewujudkan jawatan Menteri Integriti dan Ombudsman sejak 2017.

“Setelah Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, portfolio integriti dan ombudsman terus diperkukuhkan apabila diletakkan di bawah Premier Sarawak.

“Ombudsman juga boleh dijadikan penguatkuasa yang ketiga dan menjadi tempat untuk rakyat menyelesaikan permasalahan mereka tanpa perlu pergi ke mahkamah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kenytaan berkenaan menyusul selepas  Juanda mengadakan lawatan kerja ke universiti berkenaan di Gombak, Selangor bagi membincangkan dengan lebih terperinci membabitkan kerjasama strategik berkenaan.

Sementara itu, Juanda memberitahu, jumlah Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Sarawak kini seramai 166 orang sekaligus menjadi negeri yang mempunyai CeIO paling ramai di Malaysia.

Kata beliau, pegawai berkenaan merangkumi yang ditempatkan di semua agensi kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sementara itu, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata, pihaknya mengalu-ngalukan kerjasama antara UNIONS dan universiti berkenaan dalam perkara-perkara berkaitan ombudsman.

Pada masa sama katanya UIAM turut menyokong hasrat Sarawak untuk menjadi tuan rumah Seminar Ombudsman Kebangsaan sempena sambutan Hari Ombudsman Antarabangsa.

“Ini adalah sebagai usaha mempromosikan peranan ombudsman kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan