Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad memanah negara membuat kejutan meraih emas setelah tewaskan Indonesia pada final Sukan Perpaduan Islam. Foto Majlis Sukan Negara Malaysia.

Skuad memanah Malaysia lakar kejutan bidik emas di Turkiye

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Ogos : Trio compound lelaki negara melakar kejutan apabila meraih pingat emas selepas menang tipis ke atas Indonesia pada aksi final di Sukan Perpaduan Islam di Konya, Turkiye, hari ini.

Pasukan kebangsaan yang menduduki ranking ke-44 dunia dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Eugene Loh dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli menumpaskan Indonesia, yang mempertaruhkan Deki Adika Hastian, Hendika Pratama Putra dan Prima Wisnu Wardhana, 229-228.

Berdasarkan ranking terkini Memanah Dunia, skuad compound lelaki Indonesia kini menduduki ranking ke-34 dunia.

Sementara itu, Iran membawa pulang gangsa selepas menundukkan tuan rumah, 233-230.

Edisi kelima temasya sukan itu yang membuka tirai secara rasmi pada 9 Ogos lepas dijadual berakhir esok (18 Ogos). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan