Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) gembira dengan kejayaan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah Persidangan Asia untuk Haiwan (AfA) yang akan berlangsung pada tahun depan.

Sarawak dipilih tuan rumah Persidangan Asia Untuk Haiwan tahun depan

KUCHING 17 Ogos : Sarawak dipilih menjadi tuan rumah buat kali kedua bagi Persidangan Asia untuk Haiwan (AfA) yang akan berlangsung pada tahun depan.

Presiden Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), Datin Dona Drury-Wee berkata, pemilihan Sarawak itu diputuskan pada pusingan akhir bidaan baru – baru ini setelah menewaskan beberapa bandar dari India dan Nepal.

Kata beliau, SSPCA berasa gembira kerana AfA akan kembali ke Sarawak selepas persidangan kali pertama berjaya dianjurkan di Kuching pada 2015.

“Tema bagi AfA 2023 ialah ‘Pendidikan dan Penglibatan Membangkitkan Perubahan’, kerana pendidikan adalah kebimbangan utama untuk kebajikan haiwan di rantau ini.

“Pendidikan memainkan peranan penting, seperti yang dapat dilihat daripada cabaran yang dihadapi Sarawak sejak wabak rabies 2017 yang masih berlarutan sehingga kini.

“Malah kami percaya pengajaran yang diperoleh daripada wabak rabies perlu dikongsi dalam AfA 2023 kerana ia adalah peluang pembelajaran untuk negara lain,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

Dona Drury berkata, berikutan sempadan negara kini dibuka semula dan ekonomi kembali beroperasi, pihaknya bersedia untuk memperkenalkan potensi pelancongan menarik di Sarawak sempena AfA.

“Kami tidak sabar-sabar untuk menyusun program yang menarik yang tidak dapat dilupakan untuk semua pada kali ini,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Acara Perniagaan Sarawak, Amelia Roziman berkata, AfA akan menjadi platform terbaik untuk mencipta peluang kerjasama merentas industri.

“Persidangan AfA ini bakal dianggotai oleh 25 organisasi kebajikan haiwan yang dihormati yang mempunyai fokus bersama untuk meningkatkan kebajikan haiwan di Asia.

“AfA 2023 disokong oleh Business Events Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak,” jelasnya lagi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan