Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira pukul 5 pagi tadi pada usia 98 tahun.

Pengasas DAP Dr Chen Man Hin meninggal dunia

ByBernama

SEREMBAN, 17 Ogos : Pengasas parti DAP Dr Chen Man Hin meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira pukul 5 pagi tadi pada usia 98 tahun.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin yang mengesahkan perkara itu menerusi catatan Facebook hari ini.

“Pagi ini menerima khabar sedih, pemergian  Dr Chen Man Hin, Pengerusi Kebangsaan pertama DAP pada usia 98 tahun. Perjuangannya berpuluh tahun ke arah demokrasi untuk semua rakyat Malaysia, satu kehilangan besar parti DAP,” katanya.

Dr Chen merupakan Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan seterusnya dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.

Mendiang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang antara 1965 dan 1982 selain sebagai Ahli Parlimen Seremban Timor dari 1969 sehingga 1974 dan Seremban dari 1974 sehingga 1982 dan pada 1983 sehingga 1990.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim menyifatkan Dr Chen sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum.

Katanya mendiang seorang ‘genuine’ terhadap perjuangan dalam politik dan bertindak sebagai seorang pengimbang antara parti DAP dan kerajaan.

“Man Hin seorang pemimpin yang mementingkan kepelbagaian kaum serta antiperkauman,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Seminar Polemik Sejarah Negeri Sembilan bertemakan Perkembangan Pensejarahan Negeri Sembilan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan