Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada saingan di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin itu, Anis Hannani dan Adania memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En, sebelum mencatat 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan. Foto: Asian Bowling Federation (ABF).

Malaysia raih pingat perak acara berpasangan wanita

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Ogos : Gandingan pemain remaja negara, Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan, meraih pingat perak dalam acara berpasangan wanita pada Kejohanan Boling Remaja Asia Ke-21 di Bangkok, malam tadi.

Pada saingan di Blu-O Rhythm and Bowl, Major Ratchayothin itu, Anis Hannani dan Adania memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En, sebelum mencatat 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan.

Baca artikel berkaitan > > > Malaysia sambar emas hari pertama Kejohanan Boling Remaja Asia

Gandingan Singapura itu berjaya menafikan kemenangan pasangan negara selepas mencatatkan 2,466 jatuhan pin untuk meraih pingat emas.

Pingat gangsa pula diraih gandingan Taiwan, Huang Hsin Tsen dan Tsai Zhu Han, yang membuat 2,343 jatuhan pin.

Dalam pada itu, bagi acara berpasangan lelaki, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatatkan 2,559 jatuhan pin.

Pingat emas acara itu dimenangi gandingan Taiwan, Lan Shao Kang dan Cheng Shao Hua (2,748 jatuhan pin) sementara pingat perak menjadi milik gandingan Singapura, Mathieu Louis dan Ryan Goi Chee Hean dengan catatan 2,708 jatuhan pin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan