Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki tempatan ditahan oleh sepasukan anggota Polis Marin Wilayah 5 Sibu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel melibatkan nilai rampasan RM378,155 semalam.

Lagi cubaan seleweng diesel bersubsidi di Sibu digagalkan polis marin

SIBU, 17 Ogos : Tiga lelaki tempatan ditahan oleh sepasukan anggota Polis Marin Wilayah 5 Sibu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel melibatkan nilai rampasan RM378,155 semalam.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan yang merupakan pemandu kenderaan ditahan menerusi’ Op Kontraban’ yang dijalankan pada pukul 6 hingga 8.30 pagi di tiga lokasi berasingan di bandar ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kesemua suspek yang berusia antara 28 hingga 42 tahun itu dilihat memandu kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa pasukan operasi menjalankan pemeriksaan di Jalan Gambir, Jalan Teng Chin Hua dan Jalan Sungai Bidut di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan iaitu sebuah van jenis, sebuah lori seberat satu tan jenis dan sebuah lori tanker membawa minyak diesel dengan muatan keseluruhannya 31,700 liter.

“Kesemua mereka mengaku muatan diesel yang dibawa itu tidak memiliki sebarang dokumen kebenaran,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Zulkipli, tangkapan dan rampasan diserah kepada pegawai penyiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan