Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis membuka kertas siasatan berhubung dua video memaparkan aksi disyaki penderaan kanak-kanak yang tular di media sosial. Foto : BERNAMA

Polis buka kertas siasatan video dera kanak-kanak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Ogos : Polis membuka kertas siasatan berhubung dua video memaparkan aksi disyaki penderaan kanak-kanak yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua video berdurasi lima saat itu memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak menggunakan tangan yang dipercayai berlaku pada Mei lepas.

Beliau berkata video yang dimuat naik di laman Facebook itu jelas menunjukkan kanak-kanak terbabit menangis selepas dipukul dan dipaksa makan sesuatu.

“Dalam kejadian pada 4.56 petang itu, polis menerima aduan daripada seorang wanita warga tempatan berumur 33 tahun menyatakan semasa berada di rumahnya, dia melihat satu video di mana anak lelakinya yang berumur tiga tahun dipukul oleh guru tadika di Kepong.

“Pengadu mengesahkan bahawa kanak-kanak di dalam video berkenaan adalah anak lelakinya,” menurut beliau dalam kenyataan malam ini.

Beh berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seskyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau menasihati orang ramai yang mengetahui atau mengesyaki mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko didera dan diabai agar melaporkannya kepada pihak polis dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-4048 2222.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan