Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 16 murid sekolah rendah berdepan detik cemas apabila van sekolah dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Taman Rhu, Tikam Batu di sini hari ini.

16 murid cedera van sekolah terbabas dalam parit

SUNGAI PETANI, 16 Ogos : Seramai 16 murid sekolah rendah berdepan detik cemas apabila van sekolah dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Taman Rhu,Tikam Batu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi tadi, seorang murid perempuan dilaporkan patah tangan kanan manakala yang lain hanya mengalami kecederaan ringan termasuk pemandu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.40 selepas menerima panggilan kecemasan.

“Bomba mendapati sebuah van sekolah dipercayai terbabas sendiri sebelum terhumban dalam parit yang terletak di bahu jalan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 17 mangsa termasuk pemandu cedera akibat kejadian itu manakala tiada insiden mangsa tersepit di dalam van tersebut.

“Pemandu lelaki berusia 50 tahun mengalami kecederaan ringan di kepala manakala 15 murid berusia tujuh hingga 12 tahun cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamadul Ehsan lagi, kesemua mangsa telah diberikan bantuan awal sebelum dihantar ke hospital dengan bantuan pihaknya dan ambulans.

Katanya, operasi yang dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan BBP Sungai Petani itu ditamatkan pada pukul 8.48 pagi tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan