Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang terkorban selepas dua buah motosikal bertembung dalam kemalangan di Jalan Permatang Bertam di sini hari ini.

Pekerja kilang maut dua motosikal bertembung

KEPALA BATAS, 15 Ogos : Seorang penunggang terkorban selepas dua buah motosikal bertembung dalam kemalangan di Jalan Permatang Bertam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa yang merupakan pekerja kilang berusia 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang baru selesai bertugas di sebuah kilang di Prai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Permatang Bertam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Radzi Ahmad berkata, kemalangan itu berlaku apabila motosikal jenis Honda RS ditunggangi mangsa cuba memotong sebuah kereta di hadapannya.

“Bagaimanapun motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang seorang lelaki berusia 18 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak motosikal mangsa yang masuk ke laluannya.

“Ia menyebabkan kedua-dua motosikal bertembung dan mereka berdua terjatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Radzi berkata, akibat kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

“Seorang lagi penunggang yang cedera parah pada paha pula dikejarkan ke hospital sama bagi rawatan lanjut,” ujarnya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan