Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
‘Bapa Sukan Bina Badan Negara’ Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung. Foto: Bernama

Gan Boon Leong meninggal dunia

ByBernama

MELAKA, 15 Ogos: Atlet yang mendapat julukan sebagai ‘Bapa Sukan Bina Badan Negara’ Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung.

Anaknya, Gan Tian Loo berkata mendiang bapanya yang sebelum itu dirawat di sebuah hospital di sini, telah dibenarkan pulang tengah hari semalam, dan ditempatkan di sebuah pusat penjagaan di sini, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi ini.

“Mayat mendiang kini ditempatkan di pejabatnya di Jalan Jonker untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir, dan akan dikebumikan pada Jumaat ini di Bekok, Johor,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di samping pernah merangkul gelaran Mr Universe, Mr Asia dan Mr Malaysia, mendiang Gan juga pernah dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Naib Pengerusi Persekutuan Bina Badan Asia dan Naib Pengerusi Asian Power Lifting Federation.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1937, mendiang juga aktif dalam beberapa persatuan tinju dan tae kwan do terutama di peringkat negeri Melaka.

Bekas Pengerusi MCA Melaka itu meninggalkan seorang isteri, Datin Chong Kin Yock dan tujuh anak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan