Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19
Marion Biotech iaitu syarikat farmaseutikal di India memaklumkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran ubat batuk susulan kematian 18 kanak-kanak di Uzbekistan.

COVID-19 : Dua pesakit maut di Sibu dan Miri

ByNurul Amarlina

KUCHING, 15 Ogos : Dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh 7 hingga 13 Ogos lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak memaklumkan, kes kematian masing – masing membabitkan pesakit di Sibu dan Miri.

Laporan mingguan kes COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 7 hingga 13 Ogos lepas. Sumber: JPBNS
Dalam pada itu, sebanyak 731 kes baharu dilaporkan pada tempoh sama sekaligus menjadikan jumlah kumulatif meningkatkan kepada  310,974 kes sejak dilanda pandemik.

“Berdasarkan jangkitan baharu yang disahkan, sebanyak 16 berada pada kategori klinikal 3, 4 dan 5,” jelas JBPN Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 242 kes, diikuti Miri dengan 141, Sibu (119) dan Bintulu (71).

Sebanyak enam daerah antaranya Sebauh, Tanjung Manis dan Kabong tidak mencatatkan sebarang jangkitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan