Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah

Pesta Daro akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak

 

DARO, 14 Ogos : Pesta Daro akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak bermula tahun hadapan sebagai satu acara pelancongan tahunan di negeri ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, dalam ucapannya pada Majlis Penangguhan Pesta Daro 2022 di sini pada hari ini,  yang menyaksikan keunikan kebudayaan tersendiri di daerah Daro.

Abdul Karim berkata, kementeriannya akan menguruskan peruntukan bagi melaksanakan Pesta Daro pada masa akan datang.

“Peruntukan akan diatur melalui kementerian saya, dan seterusnya melalui Pejabat Daerah, wakil rakyat dan agensi lain akan dapat merancang program dan aktiviti menarik untuk kawasan ini pada masa akan datang.

“Setelah dilihat daripada sambutan dan pemerhatian kita sendiri bersama-sama orang ramai, termasuk dengan pemimpin di kawasan ini, saya boleh katakan bahawa Pesta Daro untuk tahun ini amat berjaya sekali,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan pelbagai pengisian program, dan beliau percaya kehadiran pengunjung yang begitu ramai merupakan kekuatan utama buat pesta itu.

Karim turut memberi nasihat kepada warga Daro untuk terus menjaga ketenteraman Daro kerana hanya penduduk tempatan sahaja yang dapat menjaga perpaduan yang sedia ada di Daro.

“Saya berharap pada masa akan datang, Pesta Daro boleh diadakan pada peringkat yang lebih besar,” jelasnya.

Pesta selama 10 hari itu, yang berakhir pada hari ini, dianggarkan menerima ribuan pengunjung dari dalam dan luar daerah sejak hari pertama ia dibuka pada minggu lalu.

Malahan lebih 159 gerai jualan telah dibuka untuk orang tempatan dan luar menjual pelbagai produk mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan