KUCHING, 14 Ogos : Perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi sensasi apabila pasukan ‘gergasi dunia’ Manchester United (MU) dibelasah 0-4 oleh Brentford awal pagi tadi.
Lebih memeritkan, Red Devil yang dicanang penyokong mereka sebagai calon juara musim ini longlai apabila ketinggalan 0-4 di London dalam tempoh 35 minit awal permainan.
Kekalahan memalukan itu meletakkan MU di kedudukan tercorot liga, jelas menjadi mimpi ngeri buat pengendali baharunya,Ten Hag.
Memetik BBC selepas kekalahan teruk itu, Ten Hag berkata , segalanya belum berakhir buat pasukannya kerana mereka ‘bersedia’ untuk bangkit dan berjuang sebagai sebuah pasukan yang mantap.
“Kami juga memerlukan pemain baharu tetapi saya tidak mahu memikirkan pada masa ini.
“Kami mempunyai pemain yang bagus dan sepatutnya bermain lebih baik,” katanya.
‘Penderitaan’ MU bermula pada minit ke-10, apabila penjaga golnya, David De Gea mudah ditewaskan pemain Josh Dasilva untuk jaringan pertama.
Lapan minit kemudian Mathias Jensen menambah jaringan kedua untuk tuan rumah.
Belum sempat MU ‘bernafas’ mereka terus diasak pada minit ke-30 dan 35.
Ben Mee serta Bryan Mbeumo menambah derita MU United sekaligus menjadikan aksi malam tadi menjadi sensasi di seluruh dunia. – TVS