Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Bukit Semuja, John Ilus, mengetuai hadirin untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 semarak perpaduan komuniti Serian

ByAdlina Rahman

SERIAN, 14 Ogos : Semarak sambutan sempena Bulan Kemerdekaan turut dirasai di Serian.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, perpaduan antara komuniti di Serian dapat dilihat melalui program Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di bandar Serian pada hari ini.

“Perkara ini dapat dilihat melalui penglibatan komuniti setempat dalam program hari ini, khususnya komuniti Keluarga Malaysia yang ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Serian,” katanya.

Menurutnya, Serian dilihat masih lagi teguh dari aspek perpaduan dan kerjasama antara satu kaum dengan kaum lain.

Selain itu, John menyuarakan harapannya agar perpaduan yang dilihat pada Bulan Kemerdekaan ini dapat dikekalkan bagi jangka panjang.

“Kita tidak mahu melihat perpecahan dalam kalangan suku kaum dan juga rakyat kita di Sarawak khususnya, dan Malaysia secara amnya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada program Merdeka @ Komuniti sempena Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia.

Antara yang terlibat dalam program Kembara Merdeka Keluarga Malaysia Serian adalah 18 pelajar dari SMK Serian, 18 orang dari Persatuan BUSREK, dan lima orang dari Persatuan NVX.

Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Negeri Sarawak akan merentasi 33 daerah dan 37 tempat persinggahan di seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan