Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 596 penguin ditemukan mati di Florianopolis, Santa Catarina di selatan Brazil selepas puting beliung luar tropika yang membawa angin kencang melebihi 100 kilometer (km) sejam melanda kawasan itu, menurut Projek Pemantauan Pantai Lembangan Santos (PMP) pada Sabtu. Foto : Gambar hiasan

Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil

ByBernama

SAO PAULO, 14 Ogos : Sebanyak 596 penguin ditemukan mati di Florianopolis, Santa Catarina di selatan Brazil selepas puting beliung luar tropika yang membawa angin kencang melebihi 100 kilometer (km) sejam melanda kawasan itu, menurut Projek Pemantauan Pantai Lembangan Santos (PMP) pada Sabtu.

Haiwan itu dijumpai di beberapa kawasan pantai di Florianopolis, kata pakar biologi Andre Barreto, yang juga penyelaras Santa Catarina PMP.

Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesis haiwan marin lain dan bangkai seperti camar dan penyu juga turut ditemukan sejak Selasa, katanya.

“Secara amnya, haiwan yang dijumpai selepas puting beliung adalah haiwan yang paling lemah. Penguin mengalami kesukaran untuk melarikan diri apabila berdepan ombak yang kuat, tidak seperti burung lain kerana penguin tidak boleh terbang.

“Penguin lemas akibat keadaan laut bergelora, meskipun cuba berenang ke permukaan untuk bernafas,” kata pakar itu.

Angin dengan kelajuan 100 km sejam direkodkan pada Selasa dan Jumaat di Santa Catarina, menurut agensi meteorologi tempatan Epagri. -TVS

Tags: brazil, cuaca

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan