Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang  menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad. Foto: Tangkap layar dari video tular.

Tindakan tegas kepada wanita tunai umrah pakai ihram lelaki – Idris

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Ogos : Tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang  menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini berkata pihaknya telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri bagi memohon supaya siasatan lanjut dilakukan setibanya individu berkenaan ke Malaysia.

“Saya mengambil berat perkara yang telah ditular dakwaan yang melaporkan seorang yang wanita yang mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum-hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Idris turut memaklumkan beliau juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  untuk mengambil tindakan tegas kepada agensi yang menguruskan individu terlibat sekiranya perkara berkenaan didapati benar.

Di platform Twitter hari ini, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan