Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar enam ke lapan peratus bagi memacu ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. Foto: TVS.

Sarawak sasar pertumbuhan ekonomi enam ke lapan peratus

ByAkma Salleh

KUCHING, 13 Ogos : Sarawak menyasarkan pertumbuhan ekonomi sekitar enam ke lapan peratus bagi memacu ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Bank Negara Malaysia berhubung pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh pada suku kedua 2022.

“Sudah tentu di peringkat negeri Sarawak yang menuju ke arah negeri maju menjelang 2030 turut berkehendakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dalam 6 ke 8 peratus pada masa akan datang,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Terdahulu, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh luar jangkaan sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 dipacu permintaan domestik yang kukuh di tengah-tengah pemulihan pasaran pekerjaan.

Pertumbuhan itu juga lebih kukuh berbanding 5.0 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2022, sekali gus menjadikan pertumbuhan pada separuh pertama 2022 sebanyak 6.9 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan