Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, cadangan itu lebih releven sebagai persediaan menghadapi perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan. Foto: TVS

Sabah akan perhebat pembangunan di Tawau

TAWAU, 12 Ogos: Kerajaan Sabah tidak bercadang untuk membina sebuah bandar baharu di kawasan sempadan sebaliknya usaha membangun dan memajukan bandar sedia ada di Tawau akan diperhebatkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, cadangan itu lebih releven sebagai persediaan menghadapi perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

Katanya, adalah lebih baik menaiktaraf kemudahan infrastuktur kepada jalan raya bertaraf tinggi dan membina Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) untuk menarik pengunjung Indonesia singgah ke negeri ini.

“Pendapat kita ialah untuk memajukan Tawau itu sendiri kerana Tawau sudah ada lapangan terbang, pelabuhan, jadi tak perlu kita memaksa kerajaan melabur duit untuk sebuah bandar baru.

“Kita bina semula Tawau ini menjadi bandar lebih baik dan kesinambungan daripada itu pembinaan kemudahan lain yang boleh digunakan untuk menarik pengunjung,” katanya selepas pelancaran Program Pengurangan Kompaun di Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini.

Bagaimanapun Masidi berkata, pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Serudong, Kalabakan-Simanggaris, Indonesia masih perlu dilakukan sebagai penghubung pintu masuk utama Sabah dan Kalimantan Utara.

Terdahulu pada program itu Masidi turut mengumumkan pengurangan kompaun pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa MPT. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan