Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia telah bermula secara berperingkat selepas negara jiran itu memutuskan untuk menarik balik sekatan penghantaran pekerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos lepas. Gambar hiasan.

Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia bermula secara berperingkat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos : Kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia telah bermula secara berperingkat selepas negara jiran itu memutuskan untuk menarik balik sekatan penghantaran pekerjanya ke negara ini, berkuat kuasa 1 Ogos lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata kumpulan pertama pekerja Indonesia telah pun berada di Malaysia, manakala dokumen membabitkan 23,000 lagi pekerja dari negara itu sedang diproses oleh pihak berkuasa negara ini.

“Pekerja sudah mula masuk. Kumpulan pertama telah pun berada di sini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan mynext, iaitu usaha memperkasakan bakat-bakat tempatan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi agensinya, Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp).

Baca > > > Indonesia beku sementara penghantaran pekerja asing ke Malaysia

Pada 13 Julai lepas, Indonesia mengumumkan keputusannya untuk membekukan sementara kemasukan pekerja negara itu ke Malaysia kerana tidak menggunakan sistem tunggal seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

Bagaimanapun, kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada bagi pengambilan pekerja domestik antara Jabatan Imigresen Malaysia dan kedutaan Indonesia di sini.

Sementara itu, mengenai tenaga kerja Malaysia, Saravanan berkata isunya bukan pengangguran tetapi penempatan pekerjaan yang tidak sepadan.

“Walaupun kami mendapatkan mereka (siswazah) kerja, mereka tidak diberi pekerjaan dalam bidang pengajian mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan