SEOUL, 12 Ogos : Sebuah jet pejuang F-4E milik Korea Selatan terhempas ketika menjalankan misi keselamatan di Laut Kuning pada Jumaat, manakala dua juruterbangnya berjaya menyelamatkan diri, lapor Agensi Berita Yonhap.
Nahas berlaku pada 12:20 tengah hari waktu tempatan ketika jet itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Suwon, 35 kilometer dari selatan Seoul, menurut perkhidmatan Tentera Udara itu.
Tiada laporan mengenai kerosakan melibatkan orang awam setakat ini.
Tentera Udara menubuhkan pasukan untuk menyiasat punca sebenar kejadian. – TVS