Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi. Foto TVS.

Sarawak perkenal platform mudahkan pemohonan permit pekerja asing

KUCHING,11 Ogos : Sarawak akan memperkenalkan platform khusus untuk memudahkan pengambilan pekerja asing melibatkan beberapa sektor kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, langkah itu diambil bagi mengatasi kerenah birokrasi yang wujud dalam pengambilan pekerja asing sehingga menyebabkan beberapa industri termasuk pembinaan berdepan masalah kekurangan tenaga kerja.

Ujar beliau, menerusi platform berkenaan, permohonan permit kerja boleh dipohon secara langsung kepada pejabat Timbalan Menteri Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek negeri ini.

“Aplikasi yang akan diperkenalkan ini akan menyenaraikan nama majikan ke dalam jawatankuasa yang meluluskan permit kerja.

“Saya berharap menerusi pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri ini, tempoh masa yang untuk melulus dan memberikan permit kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Katanya, langkah itu menyusul selepas Kerajaan Sarawak baru – baru ini bercadang untuk memberikan permit kerja lima tahun kepada golongan profesional asing untuk bekerja di negeri ini.

Sementara itu Abang Johari mengingatkan sektor ekonomi dan industri di Sarawak agar tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga kerja asing.

Pemain industri jelasnya perlu meneroka teknologi baharu untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja asing termasuk penggunaan teknologi automasi mekanikal.

“Industri pembinaan memerlukan lebih banyak operasi robotik dan mekanikal.

“Dalam hal ini mereka (pemain indutri) boleh berkerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) bagi tujuan penyediaan latihan berkaitan.

“Ini kerana CENTEX mempunyai teknologi berkenaan hasil kerjasama dengan Huawei serta rakan strategik lain yang boleh digunakan dalam industri pembinaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan