Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang olahraga legenda Filipina, Lydia De Vega dilaporkan meninggal dunia semalam di Pusat Perubatan Makati, tidak jauh dari Manila.

Pelari pecut legenda Filipina, Lydia De Vega meninggal dunia

ByAkma Salleh

KUCHING, 11 Ogos : Bintang olahraga legenda Filipina, Lydia De Vega dilaporkan meninggal dunia semalam di Pusat Perubatan Makati, tidak jauh dari Manila.

Berita pemergian atlet sepanjang zaman negara berkenaan berusia 57 tahun itu dikongsikan oleh anak perempuannya, Mercado – de Koenigswater di Facebook malam tadi.

“Dia telah bertarung dengan hebat dan kini bersemadi dengan aman.

“Butiran lain akan saya kongsikan dalam masa terdekat dan saya amat menghargai doa anda untuk mendiang ibu saya,” tulisnya di laman sosial berkenaan semalam.

Pelari yang mesra disapa Diay itu merangkul 15 pingat emas dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Sukan SEA, Sukan Asia dan Kejohanan Olahraga Asia.

Pada tahun 1994 , De Vega diiktiraf sebagai wanita terpantas di Asia apbila meraih pingat emas 100 meter pada Sukan Asia 1986 di Seoul, Korea Selatan mengumumkan persaraannya.

De Vega kemudian bekerja dengan Suruhanjaya Sukan Filipina  sebelum menjadi jurulatih olahraga Singapura selama 10 tahun.

Dilahirkan pada 12 Disember 1964 di Meycauayan, laporan awal kematian wanita ini dikaitkan dengan penyakit kanser payu dara yang dihadapinya sejak empat tahun lepas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan