Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir pada pelancaran Borneo Music Festival Live 2022.

Harga tiket masuk lokasi tumpuan pelancong di Sarawak tidak dinaikkan – Abdul Karim

KUCHING,11 Ogos : Kerajaan Sarawak masih mengekalkan harga tiket masuk ke beberapa lokasi tumpuan pelancong di negeri ini.
 
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan lebih ramai pelancong dapat melawat lokasi – lokasi terbabit tanpa perlu bimbang dengan caj mahal.
 
Katanya, ketika ini usaha ditumpukan untuk menarik lebih ramai pelancong sama ada tempatan atau asing untuk memacu pemulihan industri pelancongan Sarawak.
 
“Apabila mereka datang ke sini selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita mahu pelancong gembira dengan menikmati pakej-pakej perlancongan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.
 
“Mungkin dalam tempoh beberapa tahun akan datang, apabila kita merasakan perlu untuk menaikkan kadar itu, kita akan lakukan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Borneo Music Festival Live 2022 di sini semalam.
 
Sementara itu, Abdul Karim memberitahu, berdasarkan maklum balas daripada pengusaha hotel tempatan, sektor berkenaan merekodkan kadar tempahan sehingga mencecah 90 peratus sekaligus memberi gambaran industri berkenaan sudah mulai pulih.
 
“Ini sesuatu yang baik dan saya gembira dengan keadaan ini.
 
“Statistik ini menunjukkan kita kian pulih dan industri lain yang berkaitan juga akan bertambah baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan