Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merampas 460 kilogram (kg) minyak masak botol dan 1,176 kg gula pasir kasar bernilai lebih RM7,000 dalam serbuan ke atas stor penyimpanan bekalan tidak berlesen di Ayer Keroh di sini semalam. --foto Bernama

KPDNHEP Melaka rampas minyak masak botol, gula disimpan tanpa lesen

ByBernama

MELAKA, 10 Ogos : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merampas 460 kilogram (kg) minyak masak botol dan 1,176 kg gula pasir kasar bernilai lebih RM7,000 dalam serbuan ke atas stor penyimpanan bekalan tidak berlesen di Ayer Keroh di sini semalam.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata serbuan pada kira-kira 12.30 tengah hari itu mendapati stor tersebut merupakan tempat simpanan bekalan barangan bagi sebuah kedai runcit yang terletak di deretan rumah kedai di kawasan itu.

Katanya kedai runcit tersebut mempunyai lesen yang sah dan menjual minyak masak peket mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut ke atas sebuah lagi premis yang dijadikan stor penyimpanan mendapati ia tidak dilesenkan dan peniaga disyaki berniat menyorok barang kawalan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya ketika siasatan awal peniaga kedai runcit berusia 60-an itu menyatakan barangan kawalan yang disita memang disimpan sebagai stok, namun pihaknya percaya peniaga berkemungkinan menaikkan harga barang itu khususnya minyak masak botol sekiranya harga minyak sawit mentah naik.

Norena berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada peniaga tersebut bagi siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan diminta menyalurkannya kepada KPDNHEP menerusi pelbagai saluran termasuk Facebook (FB) rasmi KPDNHEP Melaka untuk tindakan lanjut.

“KPDNHEP Melaka sentiasa memantau bekalan barangan kawalan di negeri ini termasuk menubuhkan skuad ‘Kami Terjah’ bagi mengekang aktiviti penyelewengan minyak masak peket, sekali gus menjamin bekalan adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat negeri itu,” katanya. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan